Jika anda adalah menduduk di Negeri Di Bawa Bayu pasti akan tahu tempat letaknya batu besar ini sebagai lambang kemegahan rakyat sabah khasnya penduduk Kudat.Tempat ini juga terkenal dengan panggilan sebagai"The Tip Of Borneo" atau dikalangan penduduk tempatan memanggilnya dengan panggilan "Tanjung Simpang Mengayau" tempat ini adalah penghujung barat Laut Kepulauan Borneo yang juga pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terletak 215 kilometer iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan dari Kota Kinabalu ke sini.Jika menggunakan kereta lasak akan memakan masa 2 jam 30 minit sahaja.
Inilah tempat yang mempunyai makna dan menyimpan sejarah penting buat kaum Rungus kerana menjadi tapak pertempuran pahlawannya dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19.
Pelbagai sejarah telah dicipta disini dimana tempat ini juga Pernah menjadi laluan kepada pedagang dari China untuk ke sebelah sini menggunakan tongkang satu ketika dulu.
Pengunjung yang datang ke sini akan berjalan kaki lebih kurang 1 kilometer sahaja dari tempat letak kereta untuk sampai ke replika bumi (Globe).Walaupun sejauh itu tetapi disetiap sudut pasti anda akan terpukau dengan keindahan pemandangn di sini.Pengunjung juga tidak kesunyian kerana ramai pelawat dari sabah dan juga pelawat dari luar sabah.
Inilah pemandangan yang sangat menakjubkan kepada setiap pengunjung ke sini.Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat.Rugi jika tidak mengambil gambar kenangan bersama keluarga atau teman2.
Laluan turun ke hujung simpang mengayau
Penulis blog tidak mengindahkan "Amaran Jangan lalu di sini" untuk merasa batu-batu yang mempunyai berbagai bentuk lubang batu hasil daripada hakisan ombak yang membedai di pantai ini.Pengunjung pasti terpesona melihat pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat.Penghuni blog seolah-oleh tidak mahu meninggalkan tempat ini kerana keindahannya yang memberikan ketenangan jiwa.
Pandangan dekat
Di sinilah juga pengunjung akan menikmati keindahan pantai yang terdapat di sekitar persisiran pantai di sini.
Nun jauh di sana terdapat sebuah lagi pulau yang dinamakan rumah api. Penghuni blog sempat merakam gambar ini walaupun hujan renyai-renyai yang menciptakan satu pemandangan cantik di antara lautan yang luas dan awan yang mendung berserakan kerana tidak ada lagi pulau yang boleh dirakam melainkan pulau-pulau yang jauh dan tidak kelihatan yang
dimiliki oleh negara jiran iaitu Filipina.