Khamis, 12 September 2013

Kursus I Think !


Hari ini sekolah saya beruntung kerana berkongsi ilmu bersama guru-guru pelatih dari IPGM Tawau tentang i-THINK...ha tau ke apa maksudnya i-Think tu...maksudnya peta pemikiran.
Memang sudah lama benda ni dalam dunia pendidikan tapi ianya hanya tertumpu kepada tahap 2 sahaja...jadi selepas ini cikgu2 adalah diwajibkan memasukkan peta pemikiran ini dalam aktiviti pdp guru...jangan susah cuma di sekolah saya sahaja...guru besar mewajibkan kami menggunakannya...



Ini ialah peta bulatan salah satu daripada lapan peta yang dikongsikan.Peta ini sesuailah dengan murid yang berada di tahap1...jom lihat cara pelaksanaannya.



Ini hasil binaan saya sendiri sebagai contoh penggunaannya dalam subjek bahasa melayu tahun 1.Ini sesuai untuk murid yang belum pandai membaca...Tajuk ialah vokal.Mula-mula lukis bulatan kecil, selepas lukis suruh murid senaraikan huruf vokal,guru tulis atau lekat huruf vokal  a i u di dalam bulatan kecil...kemudian lukis bulatan di luar bulatan kecil pula tanya lagi murid apa benda yang bermula dengan huruf vokal a tentulah murid akan jawap pelbagai tetapi pasti ada murid yang sebut a tu ayam atau api cikgu yang cun melukis lukislah... tapi yang kurang kreatif bawa gambar2 berkaitan ya...ha2 seronoknya murid menjawab, seterusnya lukis lagi segi empat di luar bulatan...guru kembangkan lagi benda2 tu dengan mengajar murid mengeja ayam, api,itik, ibu,ubat,ulat... 
seronokkan tapi bagaimana pula dengan tajuk2 lain...jangan susah lihat lagi peta minda ini...


Ini pula berbentuk macam belon itu sebabnya dia di namakan peta buih.Dalam gambar tu ialah teacher Tracy yang telah memberi taklimat tentang lapan peta pemikiran...kalau ini paling senang digunakan untuk mengembangkan tajuk yang akan cikgu ajar...mula-mula buat bulatan ditengah lepas tu baru buat bulatan di luar...jom bina lagi.

Selasa, 10 September 2013

Nawaitu


Nawaitu

andai itu nawaitumu
biarkanlah ia berlalu...
berlalu dengan berbagai memori kehidupan 
mungkin esok kau akan sedar
betapa indahnya pertemuan itu

andai diri ini boleh berbicara semula
pasti akanku bisikkan ditelingamu
betapa manisnya memori itu
memori yang sukar dilupakan
bersama mengukir sebuah mahligai yang indah

andai rindumu sudah berlalu 
kerinduanku pasti tidak akan berlalu
kerana aku milikmu 
dirimu juga adalah miliku 
betapa hebatnya ikatan itu

andai dirimu tidak pernah ingat
biarkanlahku ukir kisah kita disini 
pasti satu hari nanti kau temui 
puisiku susun ayat demi ayat tentang kita
pastinya kau akan rindu semula...















Isnin, 9 September 2013

Kenangan Heroku

Bermulalah episod melakar kenangan heroku semasa mengikuti Alam Ria kategori mewarna...kalau diikut bakat memang pun tidak layak tetapi kerana cikgunya sudah beri surat dan beri pesanan di sekolah terpaksalah dilayan sebab kesian tengok gelagatnya mau ikut pertandingan mewarna...kalau kali ini dia belum tahu membezakan warna mungkin masa dan didikan akan mematangkan pengalamannya untuk menjadi seorang yang pintar dari segi agama dan akademik...amin