Jumaat, 8 Julai 2016

Raya ke 3







Orang sibuk beraya kita sibuk mendobi dengan adik2 askar.Mendobi pun kena ikut giliran...masalah air lagi di Bandar Sri Indah ni kalau dulu masalah sebab el nino yang ini entah apa lagi alasan.Hilang mood beraya kita kata kemarau tidak juga...malam2 hujan sampai ke siang.


Ini juga yang setia ke hulur ke hilir membawa tuannya.



Khamis, 7 Julai 2016

Hari Raya 2016


Sempat ambil pic...selepas selesai menunaikan solat di pagi syawal...jalan kaki dari masjid.
Lihat si kecilku dapat duit raya dari ajk  masjid...terima kasih kerana setiap tahun menyediakkan duit raya untuk kanak2 kecil.

Inilah keluarga kecilku

Selamat hari raya Aidil Fitri kepada suamiku dan anak2ku.Ya  Allah panjangkanlah usia kebahagiaan keluargaku.Kekalkanlah kesihatanku,suami dan anak2.Jadikanlah kami diantara penghuni syurgamu ya Allah.
Jadikan kami bidadari syurgamu...
Jadikanlah anak2ku sentiasa taat kepada ibu bapa dan menjadi hambamu yang soleh dan soleha...Aamiin.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk keluargaku dimana sahaja berada,kazen2 husbandku serta juga kawan2 yang mengenali family kecilku...serta tidak lupa buat yang sentiasa taat setia mengunjungi bolgku...
Maaf Zahir dan Batin.



Ahad, 3 Julai 2016

Sempena cuti menyambut 1 Syawal sempat buat kuih yang paling simple...entah akhir-akhir ini mood untuk beraya hilang...aku buat ini pun untuk anak-anak bawa ke sekolah dan kawan2 yang sudi berkunjung.Biasanya  kuih raya kalau bukan kazen husband bagi main tunjuk saja.Tahun ini aku buat untuk mengilangkan kebosanan di rumah entah sedap atau tidak yang penting kuih raya...pic atas tu orang kata kacipo ada juga yang panggil buah rotan...itu main google saja semua.Bulat-bulatkan kecil-kecil supaya tidak lembut bila sejuk.
(pesanan kalau hendakkan rangup letak tepung gandum)



Ini pula biskut aloha...lain pula rupanya.Hiasan atas tu saya guna bubble rice boleh masuk jugalah sebab kalau letak manik2 nanti budak2 termakan pula,letak ceri budak buang saja...lagi pun bubble rice banyak stok di rumah jangan membazirlah itu pesanan kepada anak2ku...beli yang perlu sahaja.Alhamdulillah dapatlah satu tupperware.




Sabtu, 2 Julai 2016

Bertuahnya anak mama seorang ni...sentiasa dilayan jika sakit melanda...kawan2nya sibuk berbaris untuk dapatkan duit raya dari guru2.Dia pula mau muntah...biasalah budak2 klu sudah puasa mcm2 penyakit dtg.
 
gembiranya dapat duit raya dari cikgu2
Hari ini hari terakhir persekolahan mama dan geng2 petang bersalaman dengan anak murid sebelum mereka pulang dengan 
Ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kawan2 pula selamat bercuti...berhati2 bila memandu ingatlah orang tersayang.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN