Apabila sampai ke simpang Sungai Udin hikers akan masuk simpang kiri dari Tawau dan akan melalui jalan grabel tetapi jalannya biasa-biasa sahaja.
Perjalanan dari simpang Sungai Udin hanya 5 km dan memakan masa 10 minit kerana ramai yang menggunakan kereta kecil,perjalanan pun agak slow kerana masing-masing menjaga keselamatan.
Jika para hikers terjumpa kilang Sabah Softwood Berhad itulah tempat parking kenderaan yang paling sesuai.
Disitulah juga hikers akan memulakan pendakian hingga ke puncaknya.
Kami salah satu group hikers di Tawau yang kira aktif untuk hiking telah pun mengharungi susah payah untuk datang ke sini. Kereta hikers akan pakir depan ni(lihat gambar bawah)
Kilang Sabah Softwood Berhad
disinilah kami memulakan pendakian
kami melalui kebun kelapa sawit
Kami tidak menemui laluan ke bukit hills kerana lorong pejalan kaki ke sini tidak wujud, sebelum ini mungkin tidak ramai pendaki datang sini, laluannya telah ditutupi semula oleh tumbuhan liar seperti paku pakis hutan.
batu yang dilalui sebelum ke bukit
(gambar atas)
Inilah laluan untuk sampai ke bukit...dari sini boleh lihat batu berbentuk singa.Jika tidak jumpa jalan pandai-
pandailah cari laluan yang penting sampai.
kami bertebaran di atas batuan terpegun dengan keindahan
Alangkah indahnya ciptaanmu...ya Allah!
kaulah sumber ilhamku
Akhirnya, kami sampai...terduduk antara letih dan terpegun!
salah seorang hiker lelaki
Inilah yang di katakan Lion
Mengikut cerita batu dihujung itu adalah bentuk singa jantan manakala sebelah
depan ini adalah singa betina.
kami hikers telah menawanmu
akhirnya kami sampai
Hanya hikers yang pernah pergi ke sini akan dapat menikmati keindahan bumi Tawau.
group hikers kami
Salah satu gambar kami sebelum beredar dari tempat ini.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
Pengakhiran pendakian kami laluan yang berbeza...Jumpa lagi dengan pendakian seterusnya.
#motto kami sama-sama naik sama-sama turun#kutip sampah sebelum balik
#jangan conteng apa-apa di atas batuan