Dunia blogku_aliahdahlia
Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Selasa, 20 Jun 2023
Jumaat, 26 November 2021
Khamis, 22 Mac 2018
Cara-cara mencangkuk pokok Bambangan
Mencangkok pokok biasanya dilakukan pada pokok-pokok yang sudah berbuah dan diambil pada ranting dari pokok buah-buahan.
Hari ini saya cuba cangkok pokok buah bambangan yang baru 6 bulan tumbuh.
Pokok asalnya buah bambangan ini agak tinggi dan tidak sesuai ditanam di kawasan perumahan.
Tujuannya agar pertumbuhannya lebih rendah.
In Sha Allah jika menjadi akan dikhabarkan hasilnya dilain catatan.
Berikut adalah cara-cara mencangkok pokok buah bambangan.
bulan ke atas adalah lebih baik.
2. Kerat kulit disekeliling batang pastikan kulit halusnya dibuang dengan
menggunakan pisau tajam .(contoh gambar no 2)
3. Gambar no 3 ,letak Serbuk Akar Serbajadi itu disekeliling batang yang
ditoreh, untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya.
Gambar dalam botol kecil atau boleh google saja.Saya memang selalu guna
penggalak ini memang menjadi.
4. Ikat plastik disekeliling dengan menggunakan tali rafia, kalau boleh guna
plastik jernih agar senang dilihat perkembangan akar.
5. Isi tanah hitam di dalam plastik sampai penuh dan padatkan dengan
mengikat plastik itu dengan tali rafia.Biasanya 25 hari boleh lihat sudah
akarnya keluar...tetapi kalau hendak pindahkan tunggu sampai 40-60 hari.
SELAMAT MENCUBA KALAU GAGAL CUBA LAGI...
cari di kedai bunga atau baja
Khamis, 2 November 2017
Jus Betik
Tips untuk mengelakkan terkena buasir ialah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran selalu.Jika anda bukan peminat makan sayuran berserat, minumlah jus buah-buahan sekurang -kurangnya sekali dalam dua minggu memadai.Tujuannya ialah untuk membersihkan usus.
Kebiasaannya orang yang tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat akan mengadapi kesukaran pembuangan air besar.Ini menyebabkan sembelit berlaku.Bila selalu sembelit iaitu kesukaran buang air besar menjadi punca dan penyebab untuk serangan buasir. Bila pembuangan tidak lancar sisa-sisa najis kita akan tertinggal dalam usus, jika ia berterusan akan menyebabkan usus akan bermasalah. Itu sebabnya buah yang terbaik untuk mencuci usus ialah buah betik sama ada dimakan begitu sahaja atau di buat jus. Kesan terbaik ialah dengan meminum jus betik.Lihat cara buat jus di bawah:
Bahan:
1 biji betik
1 cawan air masak(minum)
4 ketul ais kiub(ikut suka)
2 sudu makan susu pekat(ikut suka)
Cara Buat:
1.Kupas betik,buang biji dan cuci.
2.potong 6 betik dan masukkan dalam blander bersama susu,air minum,ketulan ais blender hingga hancur.
3.minum satu gelas sebelum makan,sebaiknya 1/2 jam sebelum makan.
(jika tidak habis boleh simpan dlm peti sejuk beku,bila minum baru keluarkan)
Ahad, 29 Oktober 2017
Pendakian ke Lion Hills
Pendakian ke Lion Hills Sangat memenatkan namun bila tiba di puncaknya pasti para hikers berpuas hati kerana pemandangannya yang sungguh indah.Seolah-olah daerah Tawau ini dalam dunia ajaib kerana kehijauan buminya.
Penggemar hiking yang ingin ke sini tak lain tak bukan laluan jalannya mestilah dari Tawau ke Kalabakan.
Apabila sampai ke simpang Sungai Udin hikers akan masuk simpang kiri dari Tawau dan akan melalui jalan grabel tetapi jalannya biasa-biasa sahaja.
Perjalanan dari simpang Sungai Udin hanya 5 km dan memakan masa 10 minit kerana ramai yang menggunakan kereta kecil,perjalanan pun agak slow kerana masing-masing menjaga keselamatan.
Jika para hikers terjumpa kilang Sabah Softwood Berhad itulah tempat parking kenderaan yang paling sesuai.
Disitulah juga hikers akan memulakan pendakian hingga ke puncaknya.
Kami salah satu group hikers di Tawau yang kira aktif untuk hiking telah pun mengharungi susah payah untuk datang ke sini. Kereta hikers akan pakir depan ni(lihat gambar bawah)
Disinilah kami memulakan pendakian. Periksa semua tingkap kenderaan hikers pastikan kereta sudah berkunci. Barang-barang yang perlu di bawah pastikan ada semua dalam beg.
Pendakian kami memakan masa selama 1 jam.
Kami tidak menemui laluan ke bukit hills kerana lorong pejalan kaki ke sini tidak wujud, sebelum ini mungkin tidak ramai pendaki datang sini, laluannya telah ditutupi semula oleh tumbuhan liar seperti paku pakis hutan.
Selepas jumpa batu ini hikers akan melalui jalan kecil ke kiri dari batu ini.Disinilah hikers akan diuji kekuatan stamina untuk sampai ke puncak bukit.
(gambar atas)
Inilah laluan untuk sampai ke bukit...dari sini boleh lihat batu berbentuk singa.Jika tidak jumpa jalan pandai-
pandailah cari laluan yang penting sampai.
Hanya hikers yang pernah pergi ke sini akan dapat menikmati keindahan bumi Tawau.
Melihat hanya digambar tidak akan puas melainkan melihat dengan mata sendiri keindahannya.Jika berniat ke sini gunalah kasut hiking yang sesuai.
group hikers kami
Salah satu gambar kami sebelum beredar dari tempat ini.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
#kutip sampah sebelum balik
#jangan conteng apa-apa di atas batuan
Apabila sampai ke simpang Sungai Udin hikers akan masuk simpang kiri dari Tawau dan akan melalui jalan grabel tetapi jalannya biasa-biasa sahaja.
Perjalanan dari simpang Sungai Udin hanya 5 km dan memakan masa 10 minit kerana ramai yang menggunakan kereta kecil,perjalanan pun agak slow kerana masing-masing menjaga keselamatan.
Jika para hikers terjumpa kilang Sabah Softwood Berhad itulah tempat parking kenderaan yang paling sesuai.
Disitulah juga hikers akan memulakan pendakian hingga ke puncaknya.
Kami salah satu group hikers di Tawau yang kira aktif untuk hiking telah pun mengharungi susah payah untuk datang ke sini. Kereta hikers akan pakir depan ni(lihat gambar bawah)
Kilang Sabah Softwood Berhad
disinilah kami memulakan pendakian
kami melalui kebun kelapa sawit
Kami tidak menemui laluan ke bukit hills kerana lorong pejalan kaki ke sini tidak wujud, sebelum ini mungkin tidak ramai pendaki datang sini, laluannya telah ditutupi semula oleh tumbuhan liar seperti paku pakis hutan.
batu yang dilalui sebelum ke bukit
(gambar atas)
Inilah laluan untuk sampai ke bukit...dari sini boleh lihat batu berbentuk singa.Jika tidak jumpa jalan pandai-
pandailah cari laluan yang penting sampai.
kami bertebaran di atas batuan terpegun dengan keindahan
Alangkah indahnya ciptaanmu...ya Allah!
kaulah sumber ilhamku
Akhirnya, kami sampai...terduduk antara letih dan terpegun!
salah seorang hiker lelaki
Inilah yang di katakan Lion
Mengikut cerita batu dihujung itu adalah bentuk singa jantan manakala sebelah
depan ini adalah singa betina.
kami hikers telah menawanmu
akhirnya kami sampai
Hanya hikers yang pernah pergi ke sini akan dapat menikmati keindahan bumi Tawau.
group hikers kami
Salah satu gambar kami sebelum beredar dari tempat ini.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
Semasa menuruni bukit...agak mencabar tetapi kami puas dengan keindahannya.
Pengakhiran pendakian kami laluan yang berbeza...Jumpa lagi dengan pendakian seterusnya.
#motto kami sama-sama naik sama-sama turun#kutip sampah sebelum balik
#jangan conteng apa-apa di atas batuan
Rabu, 25 Oktober 2017
Rabu, 11 Oktober 2017
Langgan:
Catatan (Atom)