Khamis, 22 Mac 2018

Cara-cara mencangkuk pokok Bambangan


Mencangkok pokok biasanya dilakukan pada pokok-pokok yang sudah berbuah dan diambil pada ranting  dari pokok buah-buahan. 
 Hari ini saya cuba cangkok pokok buah bambangan yang baru 6 bulan tumbuh. 
Pokok asalnya buah bambangan ini agak tinggi dan tidak sesuai ditanam di kawasan perumahan.
 Tujuannya agar pertumbuhannya lebih rendah.

In Sha Allah jika menjadi akan dikhabarkan hasilnya dilain catatan. 

Berikut adalah cara-cara mencangkok pokok buah bambangan.



1. Pilih pokok buah bambangan yang sudah tumbuh sekurang-kurangnya 6  
    bulan ke atas adalah  lebih baik.

2. Kerat kulit  disekeliling batang pastikan kulit halusnya dibuang dengan 
    menggunakan pisau tajam .(contoh gambar no 2)

3. Gambar no 3 ,letak Serbuk Akar Serbajadi itu disekeliling batang yang 
    ditoreh, untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya.
    Gambar dalam botol kecil atau boleh google saja.Saya memang selalu guna 
    penggalak ini memang menjadi.

4. Ikat plastik disekeliling dengan menggunakan tali rafia, kalau boleh guna 
     plastik jernih agar senang dilihat perkembangan akar.

5. Isi tanah hitam di dalam plastik sampai penuh dan padatkan dengan 
     mengikat plastik itu dengan tali rafia.Biasanya 25 hari boleh lihat sudah 
     akarnya keluar...tetapi kalau hendak pindahkan tunggu sampai 40-60 hari.

                                  SELAMAT MENCUBA KALAU GAGAL CUBA LAGI...





                                                      cari di kedai bunga atau baja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan