Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Jumaat, 30 Disember 2011
Khamis, 8 Disember 2011
HARI INI DALAM SEJARAH
Hari ini dalam sejarah mengisahkan tentang seorang nenek yang suka makan sirih hingga mulutnya merah seolah=olah nenek tersebut baru saja minum darah manusia....
Ahad, 4 Disember 2011
Kampung Halamanku - part 2
Dalam post yang lalu saya sudah dedahkan serba-sedikit sejarah kampung ini.Dalam post kali ini saya paparkan pula kampung ini dari pandangan atas agar banyak lagi sejarah kampung ini yang boleh dikongsikan kepada pelawat blog saya.
Ha depan sekali ni ialah sebuah sekolah iaitu SK.Bunga Raya,Kanak-kanak penduduk di sini semuanya bersekolah di sini dan 60% guru-guru sini adalah dikalangan warga penduduk sini.
Pada asalnya kampung ini hanya satu nama sahaja iaitu Kg Bunga Raya tetapi sudah dibahagi-bahagikan kepada tiga buah kampung semua menggunakan nama kampung asal masing-masing yang dalam pandangan ini hanya Kg Tonobon Baru,Kg Kodop Baru dan satu tetap masih guna nama asalnya iaitu Kampung Bunga Raya.
Dalam pandangan ini hanya kampung Tonobon Baru dapat dilihat,dua buah kampung ada diatas bukit coz dalam pic ni tidak ada dipaparkan.Memang kampung ni luas dan menarik.
Tengok pula dalam pandangan kampung ni ada sebuah kolam itu bukan kolam tetapi "Tasik Belais".Air dalamnya tidak pernah kering walaupun musim kemarau cantikkan. nak tau ceritanya....ha mulalah lagi jadi penglipur lara ni...tidak apakan yang penting pelawat blogku puas hati baca sejarahnya....ikuti sejarahnya di post yang lain ya.....
BSI tempat tinggalku
Awas!!!...
Bandar Sri Indah
Ini pula pemandangan BSI tempat aku tinggal , 10 km dari bandar Tawau,kira jauh jugalah tapi jauh dari kesibukan kotakan lebih baik, lagi pun udaranya nyaman....Oooopsss!!!!
betulke udaranya nyaman hu hu.... hanya penghuni saja yang tahu bagaimana kenyamanan udaranya...
Inilah tempat anak2ku berkunjung dihujung minggu...memang cantik taman ni tetapi taulahkan anak2 zaman sekarang tidak tahu bersyukur dengan kemudahan yang diberi....ada saja yang hendak dirosakkan....huruf2 dalam taman tu dah dirosakkan,lampu dah dilempar dengan mercun sampai pecah sedih tengok balik pic ni....
Sabtu, 3 Disember 2011
Kenangan semasa KDP14 Minggu
Orang kata sambil menyelam sambil minum air Ooopsss...betul ke? ha betullah tu.Teringin nak majukan diri dalam pendidikan yang lebih tinggi.Pohon punya pohon akhirnya dapat juga KDP 14 minggu.Tengoklah betapa seronoknya berbagai gelagat.
Empat belas minggu sudah berlalu terasa sedih pula bila berpisah dengan kwn2...maklumlah lepas ni terpaksalah ikut jadual kuliah yang disediakan oleh pihak OUM pula dengan bidang masing2.Sebelum berpisah kami semua berkumpul di Dewan Hotel Emas untuk mengadakan jamuan perpisahan.
Orang kata sambil menyelam sambil minum air Ooopsss...betul ke? ha betullah tu.Teringin nak majukan diri dalam pendidikan yang lebih tinggi.Pohon punya pohon akhirnya dapat juga KDP 14 minggu.Tengoklah betapa seronoknya berbagai gelagat.
Semasa di dewan kuliah |
Bergambar bersama tutor |
dalam bilik kuliah sambil minum2 masa rehat |
Jamuan Perpisahan Jumpa Lagi!!!!! |
Akhirnya penantianku jadi guru yang bergraduit tercapai.Terima kasih ya Allah kerana telah engkau kabulkan doaku.
Semoga kejayaan ini akan memberi motivasi kepada anak-anakku untuk terus belajar.Terima kasih kepada semua tutor dari oum, pensyarah yang terlibat dari ipg, serta rakan-rakan seperjuangan...jasa kamu tetapku kenang hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua.
Jumaat, 2 Disember 2011
Langgan:
Catatan (Atom)