kampung halaman - part 1
Inilah sebahagian dari tepi pandangan kg halamanku. Halaman lain akanku paparkan dari pandangan atas pula. Nama kg ini ialah kg bunga raya. Kg ini terletak kira-kira 20km dari pekan Keningau.
Penduduknya dalam lingkungan atas lima ribu orang. Nak tau bagaimana kg ini mendapat nama?...ha jadi panglipur lara pula ni, bukan apa saja nak share dekat kwn2 dan anak2 buahku disini.Sebelum wujud perkampungan ni semuanya masih semak dan dipenuhi lalang yang ada hanya kerbau dan kuda mungkin dari kg sebelah.Sepasang suami isteri telah menjumpai sepohon pokok bunga raya dikebunnya.
Pohon bunga raya itu sangat besar tetapi rendang disitulah mereka selalu berteduh apabila melihat kebun.Ikut ceritanya pokoknya memang lain dari yang lain bunganya pula berbagai warna seperti merah,kuning ,putih,jingga...teringat pula sekarang ni orang sudah pandai kawinkan pokok ha ha... istilah kampung.Bila datang saja ke kebun pasangan ini mesti berehat di bawah pokok bunga raya tu....semakin lama semakin ramailah keluarganya datang berhijrah ke sana,bila saja orang kampung tanya sepasang suami isteri pergi ke mana...mesti mereka jawab ke kebun bunga raya.Kebetulan pula kg ni belum ada namanya.Akhirnya sempena nama bunga raya...nama kg Bunga Raya masih kekal dinamakan sehingga sekarang. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan