Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Sabtu, 21 Januari 2012
Isnin, 2 Januari 2012
Resipi"Daging Dendeng"
Daging Dendeng...terkenal dikalangan kaum Jawa resepi ini pun saya dapat daripada kawan-kawan suku Jawa Banjar juga.Masakan ini agak rumit tetapi klu sudah jadi dan siap memang
sedap!!!!.Kawan-kawan yang berminat bolehlah rujuk resepi ni.....jangan lupa like yeee...saja nak tengok peminat dendeng ni.
Bahan2nya:
1 kg daging
2 batang serai
kicap ABC (dari indon)
cili kering rm 1.00
2 sudu makan sos tiram (keluaran maggi/nona)
2 sudu makan gula halus
sedikit serbuk kunyit
1cm halia
1 cm lengkuas (jika suka)
air asam jawa 2 sudu mkn
setengah inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 batang cengkeh
minyak masak
5 biji bwg merah
3 biji bwng putih
Langkah2 membuatnya ya:
1. Rendam 1 kg daging lembu
2. Rebus daging jangan dipotong dulu ya
3. Ini pic sudah direbus 1/2 jam
bolehlah potong/dihiris ikut urat
daging dan sebesar ibu jari.
4. Tumbuk hingga leper....
guna lesung batu asli
klu tidak retak nanti lesung tu
5.Perap biarkan 1/2 jam atau semalaman dalam peti sejuk dengan kicap
manis abc buatan indon klu tidak ada guna je kicap A4 seperti dalam pic tu.
6.Goreng dengan menggunakan minya
yang penuh.Agak2 klu warna daging
berubah bolehlah angkat dan toskan.
7.Tumislah pula bahan2 yang sudah di blend...
5 biji bwng merah,3 biji bwg putih, rm1 cili giling....
tumis hingga naik minyak masukkan 2 sudu makan
gula,garam sedikit saja 1cmc teh, baru masukkan
daging yang sudah digoreng.Masaklah
sambil dikaup-balik.Tambah 2 sudu makan sos tiram,
cengkeh,lawang kayu serbuk kunyit.
8. Kalau sudah naik minyak, masukkan pula
air asam jawa.Tujuannya supaya daging tu
tahan lama.Gaul lagi sampai kering
dan terakhir masukkan 1cm halia,lengkuas,
serai yang sudah dimayang halus.
sempat hias ya hiaslah dengan menggunakan
bawang goreng dan serai goreng,bunga cili
merah....tata siap untuk di mom mom!!!!!
memang susah tetapi sedappp....
SELAMAT TAHUN BARU YA.....UNTUK 2012
Langgan:
Catatan (Atom)