Isnin, 6 Februari 2012


Adat-istiadat Hantaran Suku Kaum Bolungan

Hari ini saya nak share dengan kawan-kawan pula salah satu adat-istiadat majlis hantaran suku kaum bolungan...kaum ini sebenarnya adalah suku yang berasal daripada kepulauan Kalimantan.Mereka datang ke Sabah atas dasar perkahwinan campur.Kebetulan pula salah seorang daripada anak buah perempuan keluarga suami mengadakan perkahwinan campur lagi dengan seorang anak dari suku kaum Sungoi dari Sandakan.Adat yang diguna pakai adalah dari suku keluarga perempuan.Gambar atas tu adalah beras kuning yang dicampurkan dengan daun pandan,kunyit hidup,kayu manis,buah pala,wang syiling jumlahnya tidak ditetapkan tetapi yang dalam mangkuk tu ada sepuluh ringgt Malaysia.Alas mangkuk tu adalah kain sarung dari tujuh lapis.Ikut cerita nenek moyang mereka kain tu adalah tempat pengiran bersilah mereka ni adalah asal-usulnya mempunyai keturunan pengiran.Tetapi zaman telah mengubah segalanya keturunan tinggal kenangan sahaja dengan hanya mengabadikan adat istiadat sahaja.Anak2 muda yang tahu adat istiadat ini perlu dipelihara kata orang "biar mati anak jangan mati adat" he he.... begitu sekali pesanan nenek moyang.



Gambar yang ini pula sudah bertambah satu mangkuk lagi itu dari pihak laki-laki isinya sama cuma dalamnya ada wang hantaran mengikut permintaan dari pihak perempuan kalau lima ribu dia minta lima ribulah dimasukkan ke dalam beras kuning tu.Kotak satu tu adalah sebentuk cincin dari pihak lelaki yang perlu disarungkan kepada pihak pengantin, yang menyarungkan pula adalah dari ibu lelaki pengantin bekal ibu mertua.



Seorang wakil dari pihak lelaki dan perempuan akan mencampur-adukkan kedua-dua beras kuning dari pihak lelaki dan perempuan sambil berbalas pantun.Seronok juga tengok orang tua-tua bersenda gurau dalam majlis seperti ini tetapi sayangnya tidak sempat ambil pic sebab asyik rakam video ,video pula tidak boleh upload sini....satu lagi keistimewaan adat ini ialah apabila selesai sahaja upacara orang yang hadir akan mengambil beras kuning untuk dibawa pulang ha...siapa yang dapat wang syiling dalam beras tu bererti wang tu akan memberi satu permulaan rezeki perniagaan yang baik...tetapi dalam agama islam kita ditegah untuk mempercayai benda-benda seperti ini ya sebab ia dikira sebagai khurafat.

PENGERTIAN KHURAFAT
Dalam kamus Al-Marbawi khurafat bererti cerita karut atau karut-marut. Di dalam tafsiran yang lain pula khurafat juga disebut sebagai percakapan yang tidak betul sama sekali.
Secara umumnya khurafat bermaksud kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk menutup satu keaiban tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala-bencana atau membawa tuah keuntungan....lepas baca like dulu ya,tq.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan