PERMASALAHAN
DALAM PENULISAN KARANGAN DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Karangan merupakan satu daripada
bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat
rendah atau pun menengah. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu
sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam bahasa Melayu. Berdasarkan
masalah tersebut bahagian ini cuba untuk menghuraikan permasalahan dalam
penulisan karangan peringkat menengah rendah
1.
Pembinaan
ayat
·
Ayat
tidak gramatis.
·
Ayat
yang dibina tergantung (tiada subjek
mahupun predikat)
·
Ayat-ayat
yang terdapat unsur lewah
·
Kesalahan
dalam penggunaan laras bahasa
·
Pelajar tidak mahir dalam mengembangkan ayat
peluasan bahagian subjek/predikat
peluasan ayat dasar kepada ayat terbitan
2.
Kesilapan
dari segi tatabahasa, antaranya kesalahan tatabahasa yang ketara dalam
penulisan ialah:
Penggunaan kata sendi nama (di, dari, daripada, pada)
Penggunaan kata pemeri (ialah, adalah)
Penggunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan)
Penggunaan kata hubung
Penggunaan imbuhan awalan,apitan, akhiran dan sisipan
Penggunaan imbuhan meN…kan, meN…i
dengan tepat.
3.
Pemilihan perkataan tidak sesuai
dan tidak tepat.
·
Perkataan
tidak menepati maksud sebenarnya
·
Perkataan
yang dipilih bersalahan dengan konteks
·
Perkataan
tidak menepati laras bahasa.
-
Kesilapan penggunaan tanda baca
·
Tidak
mahir menggunakan tanda baca.
5.
Gaya penulisan.
·
Skemata
dalam penulisan ( pendahuluan,isi, dan penutup)
·
Pembinaan
ayat dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup
dihasilkan secara tidak berstruktur.
Perenggan pendahuluan (ayat rangsangan dan ayat arahan)
Perenggan isi (4W 1H, deduktif, induktif, eklektif dll)
Perenggan penutup (ayat kesimpulan, cadangan, harapan)
·
Pemerengganan
dalam karangan. (tidak sekata)
·
Ayat
terlalu panjang (ayat topik dengan beberapa ayat huraian)
6. Idea/isi
·
Idea
pokok tidak disokong dengan idea kecil
·
Tidak
menjawab rangsangan tajuk
(bincangkan,setujukah anda,sejauh mana anda setuju,apa pandapat anda,huraikan
jelaskan.)
·
Tidak cukup isi ,huraian dan contoh)
·
Isi
kurang bernas , kenyataan sepintas
lalu,tiada fakta ,contoh dan kenyataan yang kukuh.
·
Urutan
isi tidak
ada koheren.
7. Olahan
Pelajar tidak menguasai ragam ayat (ayat aktif, ayat pasif)
Tidak mempelbagaikan jenis-jenis
ayat (penyata, perintah,
tanya, seruan.)
Tidak menguasai susunan ayat (ayat biasa, ayat songsang)
Perkataan
yang perlu ada dalam sesebuah penulisan karangan yang jelas,menarik ,dan
berkesan dalam penyampaian idea.
a.
Menentukan
tujuan penulisan
b.
Proses
penulisan - mendapatkan idea
c.
Isi
– releven , jelas ,logik dan keaslian.
d.
Mekanis
– tanda baca dan kebolehan tulisan tangan
e.
Tatabahasa
– rumus bagi penambahan awalam , akhiran.
f.
Sintaksis
– struktur ayat , bahas ayat ,pemilihan gaya.
g.
Pemilihan
kata - kosa kata dan rangkai kata
h.
Penyusunan
– paragraf , topik ,huraian dan pertalian
i.
Pembaca
– orang yang bakal membaca.
Kecenderungan mengemukakan beberapa banyak isi karangan adalah antara kesilapan
yang dilakukan oleh pelajar. Apatah lagi dalam perenggan isi pelajar memberikan
2 atau lebih isi utama.
Biasakanlah,
untuk satu perenggan hanya satu isi dan
dikembangkan.
Tidak
membuat semakan pada akhir
penulisan. (Semak ayat, penggunaan imbuhan, diksi, ejaan dan lain-lain)
Perkara
perlu dielakkan dalam penulisan ialah isi tidak lari tajuk dan penulisan
menepati format yang betul.
Sebagai kesimpulannya, pelajar yang
menulis karangan mengikut kemahuan sendiri tidak mungkin dapat menghasilkan
karangan yang berkesan. Pelajar seharusnya berusaha mematuhi peraturan
penulisan karangan dengan format yang betul dan persembahan yang mantap, yang
pastinya menjanjikan markah yang cemerlang.
JENIS-JENIS PENULISAN KARANGAN:
1. DEDUKTIF
2. INDUKTIF
3. EKLEKTIF
PERENGGAN
PENDAHULUAN
Terdapat
dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu:
Ayat
Rangsangan -
Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan 3
ayat rangsangan yang berkaitan dengan
definisi dan isu semasa tentang kata
kunci @ kehendak soalan.
Ayat
Arahan – Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang akan dibicarakan.
Contoh Pendahuluan
Karangan
Di
negara kita, kemalangan jalan raya
dikatakan berlaku hampir pada setiap hari.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya.
(1)
(AR)Kemalangan atau kecelakaan di
jalan raya merupakan tragedi yang telah banyak mengorbankan nyawa dan harta
benda manusia. (AR) Hampir setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang
kemalangan di jalan raya. (AR) Daripada
segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di
dunia yang berlaku pada setiap hari.
(AA)Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah ini.
Pendahuluan Jenis
Suasana
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
Apabila saya sampai di tempat kejadian
itu, saya mendengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu,
tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan
dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum
tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan.
Namun saya gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang
berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
Pengenalan Jenis
Peribahasa
Tulis satu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan”untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Tulis satu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan”untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Orang Melayu sememangnya kaya dengan
peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang
menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah “Bukit sama-sama didaki,
lurah sama-sama dituruni”, “Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama
dicecah” dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya
membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat.
Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan
sesebuah negara.
PERENGGAN ISI
Perenggan
isi mengandungi empat ayat iaitu;
•
(AI)Ayat judul – Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab
pokok persoalan karangan.
•
(A2)Ayat huraian –Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi
kan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.
•
Ayat bukti/contoh – Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang
berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.
•
Ayat penegas –ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang
dikemukakan. Penanda wacana yang biasa
digunakan seperti tegasnya, oleh
itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.
Contoh Perenggan Isi
(1) Salah satu punca mutu sukan bola
sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak
mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak
negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh,
pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung
beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya,
perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk
mencapai kejayaan.
(A1) Antara punca yang
menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh
iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana
iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan
makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat
mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin
akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya,
digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan
cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar
makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan
kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.
Perenggan Deduktif
} Generalisasi – (A.Tajuk)
} Fakta - (A.Contoh)
} (A. Cadangan)
} (A. Huraian)
} Ayat Kesimpulan – (AK)
(AT)
Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.
(AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang
tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna
boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH) Oleh itu, penjual
akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri.
(AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani
dengan lebih berkesan.
Perenggan Induktif
} Ayat Kesimpulan – (AK)
} Ayat fakta – (AC) / (ACD)
} Ayat Generalisasi – (AT)
(AK)Kes keracunan makanan yang sering
berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak
membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan.
Sehubungan dengan ini,(ACD) persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam
tindakan pemulauan ini. Oleh hal yang demikian,
(AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan
gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan yang
tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.
PERENGGAN PENUTUP
•
Ayat
kesimpulan – pendirian penulis
•
Ayat
cadangan
•
Ayat
cadangan
•
Ayat
harapan
Kesimpulan, kes kemalangan di
jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan
perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas
terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan
menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang dijalankan mestilah
melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya perlulah beringat
bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.
Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang
begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi.
Dalam hal ini pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap semua
pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan
undang-undang yang ada. Pengguna jalan raya janganlah bersikap “sudah
terhantuk baru hendak terngadah”. Sedarilah bahawa, keselamatan di
jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.
RUMUSAN
•
Isi
karangan perlulah dikembangkan
•
Elakkan
melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
•
Setiap
perenggan perlu sekata.
•
Ayat
yang gramatis.
•
Penggunaan
penanda wacana yang tepat.
•
Menyatakan
peribahasa, perumpamaan,dsb
ELEMEN PENTING DALAM PENULISAN
a) Ayat gramatis
Apakah
yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis?
- Setiap
ayat harus ada subjek dan predikat.
- Menggunakan
laras bahasa yang betul.
- Tiada
unsur kelewahan maksud / bahasa.
- Penggunaan
tanda baca yang betul.
- Pemilihan
diksi/kata yang tepat dengan konteks dan maksud.
- Betulkan
sebarang kesalahan ejaan
b)
Isi
yang dikembangkan (perenggan isi)
- Ayat
pertama – menyatakan isi
- Ayat
yang berikutnya – mengembangkan isi, iaitu jelaskan sebab, bagaimana, mengapa –
mengiukt kesesuaian.
- Memasukkan
maklumat sokongan dalam huraian untuk menyokong isi yang dikemukakan.
- Membuat
penyimpulan pada isi tersebut.
c)
Olahan
yang menarik
- Gunakan
ragam ayat yang pelbagai
- Pelbagai
jenis ayat
- Susuanan
ayat
d)
Kosa
kata
luas
Masyarakat madani
Kebejatan sosial
Prakarsa
Nostalgia
Aura
Idola
Terkesima
Seyogia
Hedonisme
Marcapada
implementasi
Maslahat
Memartabatkan
Sebotaj
Aroma
e)
Ungkapan
menarik
Contoh
ungkapan yang menarik
¡ Ibarat
lotong meniti batang kayu – tidak mempedulikan orang sekeliling
¡ Ibarat
serangkap bak lembing, serumpun bak serai – gambaran kerjasama
dan muafakat
¡ Sudah
tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga – orang yang yakin
dan bersungguh-sungguh akan memperoleh kejayaan
¡ Suka
akan gaharu kerana baunya, suka akan guru kerana ilmunya..
¡ Ada
sirih, sepah juga yang hendak dimakan- masih mengamalkan tabiat
lama yang merugikan.
¡ Seperti
anjing menyalak di ekor gajah – melakukan perbuatan
sia-sia
¡ Umpama
menelan mestika embun – menerima kritikan dengan sikap terbuka
untuk kemajuan akan datang.
¡ Setiap
penyakit ada ubatnya – setiap masalah ada penyelesaiannya
Rumusan
¡ Isi
karangan perlulah dikembangkan
¡ Elakkan
melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
¡ Setiap
perenggan perlu sekata.
¡ Ayat
yang gramatis.
¡ Penggunaan
penanda wacana yang tepat.
¡ Menyatakan
ungkapan yang menarik seperti
¡ peribahasa,
perumpamaan, slogan, kata hikmat.
¡ Pengolahan
yang menarik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan