Guru-guru sedang mendengar taklimat daripada guru besar tentang pemantapan perancangan yang telah dibincangkan sebelum akhir cuti yang lalu.
Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Selasa, 31 Disember 2013
Khamis, 12 September 2013
Kursus I Think !
Hari ini sekolah saya beruntung kerana berkongsi ilmu bersama guru-guru pelatih dari IPGM Tawau tentang i-THINK...ha tau ke apa maksudnya i-Think tu...maksudnya peta pemikiran.
Memang sudah lama benda ni dalam dunia pendidikan tapi ianya hanya tertumpu kepada tahap 2 sahaja...jadi selepas ini cikgu2 adalah diwajibkan memasukkan peta pemikiran ini dalam aktiviti pdp guru...jangan susah cuma di sekolah saya sahaja...guru besar mewajibkan kami menggunakannya...
Ini ialah peta bulatan salah satu daripada lapan peta yang dikongsikan.Peta ini sesuailah dengan murid yang berada di tahap1...jom lihat cara pelaksanaannya.
seronokkan tapi bagaimana pula dengan tajuk2 lain...jangan susah lihat lagi peta minda ini...
Ini pula berbentuk macam belon itu sebabnya dia di namakan peta buih.Dalam gambar tu ialah teacher Tracy yang telah memberi taklimat tentang lapan peta pemikiran...kalau ini paling senang digunakan untuk mengembangkan tajuk yang akan cikgu ajar...mula-mula buat bulatan ditengah lepas tu baru buat bulatan di luar...jom bina lagi.
Selasa, 10 September 2013
Nawaitu
Nawaitu
andai itu nawaitumu
biarkanlah ia berlalu...
berlalu dengan berbagai memori kehidupan
mungkin esok kau akan sedar
betapa indahnya pertemuan itu
andai diri ini boleh berbicara semula
pasti akanku bisikkan ditelingamu
betapa manisnya memori itu
memori yang sukar dilupakan
bersama mengukir sebuah mahligai yang indah
andai rindumu sudah berlalu
kerinduanku pasti tidak akan berlalu
kerana aku milikmu
dirimu juga adalah miliku
betapa hebatnya ikatan itu
andai dirimu tidak pernah ingat
biarkanlahku ukir kisah kita disini
pasti satu hari nanti kau temui
puisiku susun ayat demi ayat tentang kita
pastinya kau akan rindu semula...
Isnin, 9 September 2013
Kenangan Heroku
Bermulalah episod melakar kenangan heroku semasa mengikuti Alam Ria kategori mewarna...kalau diikut bakat memang pun tidak layak tetapi kerana cikgunya sudah beri surat dan beri pesanan di sekolah terpaksalah dilayan sebab kesian tengok gelagatnya mau ikut pertandingan mewarna...kalau kali ini dia belum tahu membezakan warna mungkin masa dan didikan akan mematangkan pengalamannya untuk menjadi seorang yang pintar dari segi agama dan akademik...amin
Selasa, 20 Ogos 2013
Cara Buat Jeruk Bambangan
Bambangan
Buah bambangan merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum yang terdapat di negeri di Bawa Bayu(Sabah) khasnya bagi suku kaum kadazandusun.Rasa buah bambangan masam tetapi kalau sudah masak rasanya manis.Biasanya buah bambangan ini akan di buat jeruk dan dimakan bersama nasi berlauk ikan bakar atau ikan masin.Menurut orang tua-tua buah bambangan ini juga adalah salah satu penawar penyakit kanser terutamanya daripada bijinya. Rasa bijinya adalah pahit dan boleh mengawit isi bambangan apabila dijeruk. Biji jangan dimakan ya nanti korang mabuk...bijinya untuk diparut dan tabur di dalam isi buah bambangan.Jom belajar buat jeruk bambangan.
Resepi Kek Coklat Kukus
Bahan2
1 mangkuk tepung gandum
7 biji telur gred b
5 sudu makan coco powder
1 mangkuk kecil minyak masak
1 mangkuk kecil gula
2 sudu makan ovelette
1 sudu kecil penuh bikarbonat
Cara2 membuatnya
1.Ayak tepung bersama coco powder dan bikarbonat.
2.pukul telur bersama gula sehingga kembang.
3. Masukkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit sehingga habis.
4.Masukkan minyak masak dan ovelette, pukullah hingga sebati...jika terlalu kental tambah minyak masak lagi.
5.Masukkan dalam loyang yg sudah disapu minyak dan kukus hingga masak.
Cara menyediakan topping atas coklat.
1.sediakan setengah mangkuk coklat coco powder.
2.tuangkan sedikit demi sedikit susu pekat manis ke dalam coco powder tadi. biasa guna susu f@n dan gaul
3.Letak di atas kek atau hiaslah dengan keativiti tersendiri.Jika telah siap bolehlah dipotong kek untuk di makan.selamat mencuba.
Khamis, 16 Mei 2013
16 Mei _Hari Guru
Setiap tahun 16 Mei pasti akan hadir selagi jantung kita bernyawa...warga pendidik pasti akan dihujani dengan pelbagai ucapan dan ungkapan.Terima kasih cikgu daripada murid-murid yang sentiasa mengingati jasa,budi dan kesabaran guru mendidik sehingga menjadi murid yang pandai membaca dan mengira...tahniah cikgu kerana jasamu.
SELAMAT HARI GURU wahai para sahabat pendidik...
SELAMAT HARI GURU wahai para sahabat pendidik...
Langgan:
Catatan (Atom)