Bambangan
Buah bambangan merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum yang terdapat di negeri di Bawa Bayu(Sabah) khasnya bagi suku kaum kadazandusun.Rasa buah bambangan masam tetapi kalau sudah masak rasanya manis.Biasanya buah bambangan ini akan di buat jeruk dan dimakan bersama nasi berlauk ikan bakar atau ikan masin.Menurut orang tua-tua buah bambangan ini juga adalah salah satu penawar penyakit kanser terutamanya daripada bijinya. Rasa bijinya adalah pahit dan boleh mengawit isi bambangan apabila dijeruk. Biji jangan dimakan ya nanti korang mabuk...bijinya untuk diparut dan tabur di dalam isi buah bambangan.Jom belajar buat jeruk bambangan.
Cara Buat Jeruk Buah Bambangan
Bahan-Bahan:
5 biji buah bambangan
2 sudu makan garam
3 biji cili merah
4.Botol/Tupperware kedap udara
1. Mula-mula kupas kulit buah seperti dalam gambar.
2. Selepas kupas kulit dan cuci buah tersebut.
3. potong-potong buah selebar dua jari,jangan cuci selepas
dipotong sebab air akan meresap di dalam buah
menyebabkan jeruk anda tidak menjadi.
4. Belah kepada dua biji buah bambangan dan ambil biji di
dalamnya untuk diparut.
5. Tabur dan gaul biji yg sudah diparut ke dalam buah yang
dipotong, masukkan garam dan cili.Cili merah mesti
dibuang biji sebelum diletak bersama buah.
6. Akhir sekali letaklah ke dalam tupperware atau sebaik
baiknya guna botol nescafe yg sudah dibersihkan.Tutup
rapat-rapat dan jangan buka sehingga 4 ke 5 hari.
Selamat mencuba...
proses membuat jeruk bambangan
1. Kupas dan basuh.
2. Hiris selebar dua jari.
3. Belah biji bambangan.
4. Bersihkan daripada selaput sabutnya.
5. Parut biji dengan papan pemarut yang halus.
6. Tabur di atas isi buah bambangan bersama garam,cili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan