Ahad, 30 Mac 2014

Bun Manisku

Emm...jadi juga bun manis setelah beberapa kali mencuba...kalau hendak belajar sesuatu pasti menghadapi kegagalan tetapi dengan usaha yang gigih  pasti akan berjaya.Resipi Bun Manis ni adalah carian dalam google kemudian cara buatnya pun dah di campur aduk dan diringkaskan dalam satu resipi yang mudah.Jom belajar resipi yang mudah.



Rabu, 26 Mac 2014

Resepi Pau


Koleksi dapurku...


Pau

Bahan2nya:
3 cawan tepung pau diayak
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar yis kering
3 sudu makan gula kastor
1 gelas air suam
(Jgn sesekali letak telur ya nanti pau nampak tdk putih dan tidak cantik)
#Adunan ini tdk menggunakan baking powder memadai yis kering.
Cara2 membuatnya:
1.Satukan semua bahan dalam satu mangkuk besar.
2.Tuangkan air suam sedikit sedikit dan gaul sampai sebati (airnya mesti suam kerana klu tdk nanti yisnya tdk aktif)
3. Klu masih lembut boleh tambah tepung agar tdk melekat di tangan.
4.Biarkan sampai kembang berganda dan tutup dgn kain putih atau kain bersih..mesti rapat.
5. Klu dah kembang bolehlah bahagi kepada 20 - 30biji.
6. Bulat2kan dan leper isilah inti kacang hitam.Bulatkan semula letak di atas kertas pau.
7.Tunggu kembang dulu paunya.
Didihkan air dan tutup penutup pengukus dgn kain putih agar wap tdk jatuh di atas pau.
Kukuslah selama 15 minit.
(Klu atas pau boleh dibuka bererti resipi anda berjaya)
SELAMAT MENCUBA