Rabu, 26 Mac 2014

Resepi Pau


Koleksi dapurku...


Pau

Bahan2nya:
3 cawan tepung pau diayak
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar yis kering
3 sudu makan gula kastor
1 gelas air suam
(Jgn sesekali letak telur ya nanti pau nampak tdk putih dan tidak cantik)
#Adunan ini tdk menggunakan baking powder memadai yis kering.
Cara2 membuatnya:
1.Satukan semua bahan dalam satu mangkuk besar.
2.Tuangkan air suam sedikit sedikit dan gaul sampai sebati (airnya mesti suam kerana klu tdk nanti yisnya tdk aktif)
3. Klu masih lembut boleh tambah tepung agar tdk melekat di tangan.
4.Biarkan sampai kembang berganda dan tutup dgn kain putih atau kain bersih..mesti rapat.
5. Klu dah kembang bolehlah bahagi kepada 20 - 30biji.
6. Bulat2kan dan leper isilah inti kacang hitam.Bulatkan semula letak di atas kertas pau.
7.Tunggu kembang dulu paunya.
Didihkan air dan tutup penutup pengukus dgn kain putih agar wap tdk jatuh di atas pau.
Kukuslah selama 15 minit.
(Klu atas pau boleh dibuka bererti resipi anda berjaya)
SELAMAT MENCUBA
 


Salam semua....
     Berjumpa lagi dalam koleksi dapurku.Sempena hari wanita aku cipta satu lagi resipi yang biasa dan banyak didapati di kedai-kedai roti....tetapi emm tentu yang ini istimewa sedikit kerana namanya...inilah dia roti romantik...nak tau kenapa hem ibu2 pasti seronok kalau selalu berdua dengan hubby masing-masing begitu juga roti ni...orang bilang sesekali berdua lagi romantik.Cara buat roti tu pun setiap kali di bentuk mesti didekatkan dan berpasangan...kalau nak cuba buat jom belajar.



                       Roti Romantik



Apam polkadot




Snow Cheese Cake

Pelangi cheese kek
Cup cake coklat
             
Donat bercoklat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan