Inilah salah satu cara untuk menghilangkan stress di tempat kerja.Membuat cup kek merupakan yang mudah tetapi memerlukan sukatan yang tepat agar hasilnya menepati citarasa.Biar pun tidak pernah berguru dengan pakar-pakar baker tetapi syukur adanya master google jadi rujukan yang penting rajin merujuk terima kasih google...
Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Sabtu, 28 Februari 2015
Isnin, 23 Februari 2015
Koleksi Dapurku_Strawberi Cheese Kek
Aktiviti cuti...
selain melayan kerenah anak-anak
dapat juga meluangkan masa untuk cipta satu lagi resepi olahan sendiri iaitu cheese kek perisa stawberi...kalau kata sedap hemmmm memang rasanya pasti menjilat jari...kawan-kawan yang sudah mencuba terima kasih kerana menyokong aktiviti kakak...
Isnin, 16 Februari 2015
Resepi Sotong + udang Istimewa
Hari ini saya nak kongsi pula resepi sodang...satu masakan yang mudah bagi penggemar makanan hasil dari laut.
Sodang bermaksud sotong + udang=sodang ...dimasak sekali untuk jimat masa.
Bahan2
1/2 kg udang (buang kulit sebaiknya kulit ekor tak perlu buang)
1/2 kg sotong (potong membulat)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji cili merah (hiasan)
2 sudu mkn air asam jawa (perapan)
4 biji bwg merah
3 biji bwg putih
2 cm halia (hiris)
2 biji tomato besar (hiris membulat)
1 batang Serai (ketuk)
3 sudu mkn minyak masa
2 sudu mkn sos tiram
garam dan gula( secukup rasa )
3 sudu mkn cili giling (klu nak pedas boleh tambah)
Cara2 memasak
1.Basuh dan bersihkan sotong dan udang.
2.Perap sotong dan udang dgn air asam dan garam sementara menyediakan bahan-bahan menumis.
3.Blender b.merah, b.putih,2 hirisan bwg besar.
4.Panaskan minyak masak...masukkan bhn blender gaul hingga naik bau.
5.Masukkan cili giling kacau lgi hingga naik minyak.
6.Masukkan sotong,udang, halia dan serai tambah garam kacau/gaul...klu dah sebati masukkan bwg besar, tomato...akhir masukkan sos tiram....tambah perasa lgi jika ada terkurang...hidanglah dgn hirisan bwg besar dan cili merah ikut cita rasa...sesuai dimkn bersama nasi putih dan sayur campur
Selamat Mencuba...
Sabtu, 14 Februari 2015
Roti Bun
Roti Bun
meroti untuk memperbaiki apa yang kurang demi kepuasan...Alhamdulillah
nanti melelong lagi...terima kasih kawan-kawan coz bgi sokongan dengan setiap pembelian...
Langgan:
Catatan (Atom)