Isnin, 16 Februari 2015

Resepi Sotong + udang Istimewa

Hari ini saya nak kongsi pula resepi sodang...satu masakan yang mudah bagi penggemar makanan hasil dari laut.
Sodang bermaksud sotong + udang=sodang ...dimasak sekali untuk jimat masa.
Bahan2
1/2 kg udang (buang kulit sebaiknya kulit ekor tak perlu buang)
1/2 kg sotong (potong membulat)
1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji cili merah (hiasan)
2 sudu mkn air asam jawa (perapan)
4 biji bwg merah
3 biji bwg putih
2 cm halia (hiris)
2 biji tomato besar (hiris membulat)
1 batang Serai (ketuk)
3 sudu mkn minyak masa
2 sudu mkn sos tiram 
garam dan gula( secukup rasa )
3 sudu mkn cili giling (klu nak pedas boleh tambah)

Cara2 memasak
1.Basuh dan bersihkan sotong dan udang.
2.Perap sotong dan udang dgn air asam dan garam sementara menyediakan bahan-bahan menumis.
3.Blender b.merah, b.putih,2 hirisan bwg besar.
4.Panaskan minyak masak...masukkan bhn blender gaul hingga naik bau.
5.Masukkan cili giling kacau lgi hingga naik minyak.
6.Masukkan sotong,udang, halia dan serai tambah garam kacau/gaul...klu dah sebati masukkan bwg besar, tomato...akhir masukkan sos tiram....tambah perasa lgi jika ada terkurang...hidanglah dgn hirisan bwg besar dan cili merah ikut cita rasa...sesuai dimkn bersama nasi putih dan sayur campur
Selamat Mencuba...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan