Salam ukuhwah, salam persahabatan buat pengunjung blog kakak...
Hari ini datang rajin pula untuk beraksi membakar ikan di dapur ajaib...biasanya main goreng atau rebus sahaja...sekurang-kurangnya resepi ni dapat dikongsi di dalam blog kesayangan kakak.
Jom tengok resepinya...
Bahan2nya:
3 ekor ikan putih segar
Bersihkan dan lumur dgn asam,garam dan kunyit serbuk.
Bahan Rempah:
#Semua di blender/tumbuk
4 ulas b.merah #
3 ulas b.putih#
Sedikit lada putih#
1/2 sudu serbuk kunyit#
1 biji belimbing buluh#
Sedikit garam dan ajinomoto#
(1/2 sudu makan minyak masak di campur dgn bumbuh) Tujuannya agar ikan bakar tdk kering.
Lumur bahan blender di seluruh bahagian badan ikan, isilah juga dlm perut ikan.Lihat pic...
Lebihan bahan blend tadi jangan di buang ya campur minyak sedikit dan sapu atas ikan masa dibakar.
Selepas 5 minit bolehlah sapu atas ikan agar tidak kering ikan bakar... terbalikkan agar masaknya sekata.
SELAMAT MENCUBA
(Resepi ini saya pelajari dari bapa mertua saya...
Al fatihah buat arwah Mhd Ali Bin Ambo Matang)
#resepiorgtua
#gerentisedap!!!
#bukancopypaste
#orglamatakpandaimenggoogle
SAMBAL CECAH IKAN BAKAR
Bahan2nya:
Rm1 cili padi
1 biji limau kasturi
2 ulas bwng merah
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam
Kicap sesuka hati
Cara buat:
Potong2 cili padi/tumbuk
(Saya suka potong sahaja sbb guna cili tom yam)
Potong nipis2 bwng merah
Limau nipis perah airnya sahaja
Campurkan semua dlm satu mangkuk
letak kicap ikut suka... klu mau banyak letak kicap lebih
Letak gula dan garam
(Sambal ni tdk perlu dimasak)
Memang sesuai untuk dimakan dengan ikan bakar
...Selamat Mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan