Aku jejaki kaki lagi ke sini
melihat mentarimu berlabuh
indah bersama deruan ombak pantai
entah esok, lusa, tulat
masih adakah keindahan ini.
Senja di Tanjung Aru
Esok pasti kau hadir lagi
hadir dengan cara lain
mungkinkah dilihat
atau disebalik awan hitam
rugi jika hari ini bukan esok.
Senja di Tanjung Aru
mata manusia ke arahmu
mencipta memori indah
buat tatapan dimuka buku
ilham dicipta antara sajak atau cerita
buat coretan dalam dunia blogger.
Senja di Tanjung Aru
masih jernihkah limpahan air lautmu
masih putihkah persisiran pantai
masih seronokkah anak-anak mandi
mungkinkah esok akan berubah
kerana insan tidak bertamadun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan