Selasa, 25 September 2012

Tempel-menempel potret

Upload gambar yang diedit sendiri taulah belajar edit2 sendiri sudah beberapa kali buat tetapi gambarnya tidak jelas kecil sahaja.Inilah hasilnya setelah beberapa kali mencuba,akhirnya jadi juga potret kenanganku dengan anak muridku.walaupun cara menampal poret-potret ini biasa-biasa sahaja tetapi satu kepuasan dalam jiwa apabila benda2 baru dapat dipraktikkan dan diaplikasikan demi kegunaan sendiri mahupun untuk anak murid.Suasana dalam gambar ini menunjukkan murid-murid ini sedang menikmati jamuan hari raya.Jamuan ini pun dibuat pada masa rehat supaya tidak menggangu pdp dalam kelas.Salah satu tujuannya ialah agar murid-murid ini dapat berinteraksi dengan guru-guru yang mengajar mereka.Kelas ini adalah kelas LINUS mereka adalah murid yang perlu diberi perhatian sama ada dalam bidang pelajaran mahupun jiwa mereka.Guru-guru yang mengajarpun perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menyelami kerana murid  mempunyai pelbagai sikap.Dengan adanya jamuan seperti ini murid-murid kelas LINUS ini dapat melihat,merasa dan menikmati makanan yang mungkin tidak ada di dalam hidangan rumah mereka.Sekurang-kurangnya cara begini juga dapat menghilangkan ketakutan murid kepada guru-guru yang mengajar mereka....Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan