Khamis, 25 Disember 2014

Xmas Day

Buat family dan kawan2 yang merayakan krismas...merry chrismas n happy new year 2015


Isnin, 15 Disember 2014

Pantai Sabindo

Pantai Sabindo

Sajak yang paling simple...
Hemm...snap punya snap tertarik pula dengan satu sudut pemandangan ini...ha apa lagi tetiba datang idea...sesuai tak hehe tanya dan jawap sendiri.





Jumaat, 21 November 2014

Annual Dinner 2014

Tembamnya muka...
inilah fesyen2 sempena Annual Dinner tahun ini 2014 dengan tema blackrose...tahun seterusnya apa lagi temanya...tunggu dan lihat.





Sabtu, 15 November 2014

Coklat Moist Kukus


Resepi buat anak2ku...
agar mudah faham dan senang buat sebab dah ada gambar untuk rujuk...









Semoga percubaan berjaya...

Ahad, 12 Oktober 2014

Koleksi Baking-baking


Koleksi baking-baking homemade....

cup cake vanila
Yam cake
Snow cheese cake...siap paking


Mini kek coklat...paking juga
Polkadot kukus
Coklat









Ahad, 10 Ogos 2014

Bandar Sandakan

Berselfie dulu...hihi lama baru jumpa bandar sandakan banyak dah perubahan sini.


Menjejaki sekolah lamaku...banyak mencatatkan memori kehidupan sebagi seorang pelajar.Pelajar yang jauh kena tinggal di asrama...indahnya kenangan itu dapat kawan-kawan yang sporting, belajar cara hidup susah, berdikari tanpa ada ibu bapa disisi,belajar tanpa arahan sesiapa sentiasa berdisiplin kerana bimbingan terpuji dari pada guru-guru yang berpendidikan profesional... niat dihati untuk ke menara gading tidak kesampaian kerana situasi yang tidak mengizinkan namun syukur Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya menjadi seorang pendidik.
Inilah keluarga kecilku hasil pernikahan dengan suami tersayang.Pelbagai memori suka duka yang tercipta sebelum dan selepas pernikahan hanya Allah yang mengetahui semuanya.Allah itu pasti memberikan hikmah disebalik memori untuk menjadikan hambanya tabah menghadapi segalanya sehingga selesai segala urusan menjadikan aku seorang mua'alaf dikalangan rakan2 semuslim,mugkin inilah salah satu cara Allah mendekatkan diriku kepadanya kerana jodoh itu ditanganNya dan bukannya takdir. 







Selasa, 8 April 2014

Resepi Sosaj Masak Sos

                         Sosaj Masak Sos
Bahan2
1 bungkus sosaj(hiris melintang)
1 biji cili merah (hiris melintang)
Setengah biji lobak merah (hiris memanjang)
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Secubit halia
5 sudu makan cili kering
(klu mau rasa pedas boleh tambah)
5 sudu makan sos cili
1Sudu mkn gula
Sedikit garam
1 mangkuk minyak masak

Cara membuat
1. Goreng sosaj dgn minyak penuh
Klu dah kemerah merahan angkat dan toskan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia blender.
3.Tumis bahan diblender smpi naik bau...masukkan cili kering gaul rata...tunggu smpi naik minyak baru masukkan sos cili...letak gula dan garam.
4. Masukkan lobak merah dan cili merah d hiris tadi...gaul lgi.
5.Akhir sekali masukkan sosaj yang telah di goreng tadi...rasalah jika tdk cukup garam boleh tambah perasa...
SELAMAT MENCUBA

Ahad, 30 Mac 2014

Bun Manisku

Emm...jadi juga bun manis setelah beberapa kali mencuba...kalau hendak belajar sesuatu pasti menghadapi kegagalan tetapi dengan usaha yang gigih  pasti akan berjaya.Resipi Bun Manis ni adalah carian dalam google kemudian cara buatnya pun dah di campur aduk dan diringkaskan dalam satu resipi yang mudah.Jom belajar resipi yang mudah.



Rabu, 26 Mac 2014

Resepi Pau


Koleksi dapurku...


Pau

Bahan2nya:
3 cawan tepung pau diayak
1 sudu besar bread softener
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar yis kering
3 sudu makan gula kastor
1 gelas air suam
(Jgn sesekali letak telur ya nanti pau nampak tdk putih dan tidak cantik)
#Adunan ini tdk menggunakan baking powder memadai yis kering.
Cara2 membuatnya:
1.Satukan semua bahan dalam satu mangkuk besar.
2.Tuangkan air suam sedikit sedikit dan gaul sampai sebati (airnya mesti suam kerana klu tdk nanti yisnya tdk aktif)
3. Klu masih lembut boleh tambah tepung agar tdk melekat di tangan.
4.Biarkan sampai kembang berganda dan tutup dgn kain putih atau kain bersih..mesti rapat.
5. Klu dah kembang bolehlah bahagi kepada 20 - 30biji.
6. Bulat2kan dan leper isilah inti kacang hitam.Bulatkan semula letak di atas kertas pau.
7.Tunggu kembang dulu paunya.
Didihkan air dan tutup penutup pengukus dgn kain putih agar wap tdk jatuh di atas pau.
Kukuslah selama 15 minit.
(Klu atas pau boleh dibuka bererti resipi anda berjaya)
SELAMAT MENCUBA
 


Jumaat, 17 Januari 2014

Pasar Besar Tawau


Pasar Besar Tawau
Tingkat 4

Menyelit sedikit info di Pasar Besar Tawau Sabah.Sesiapa sahaja pasti akan terpegun apabila berada di bangunan ini.Bangunan ini mempunyai empat tingkat yang memuatkan pelbagai jualan iaitu terdiri daripada gerai makan, baju, alat solekan,ubat-ubatan, makanan laut kering dan yang paling bawah ialah makanan basah serta makanan kering.Gambar di atas ialah tingkat ke 4 iaitu gerai makan bagi yang beragama muslim manakala gambar bawah tingkat 3 ialah gerai makan non muslim.

Tingkat 3

Tingkat 2

Tingkat yang ke dua pula memuatkan barangan seperti alat-alat solek,bedak sejuk, ubat-ubatan dan baju.
Alat solekan dan ubatan yang di jual di sini kebanyakannya barangan dari Indonesia yang telah di benarkan dijual di Malaysia.
Tawar-menawar perlu berlaku diantara penjual dan pelanggan.
Penjual suka meletakkan harga barang yang terlalu mahal sebagai contoh ubat gosok jenama Tawon dilabel harga Rm22.90 bagi botol besar tetapi boleh di kurangkan sehingga rm15 ringgit.Nampakkan harganya tinggi jadi kalau tidak pandai menawar keuntungan kepada penjual hampir berganda.
Tingkat 1
Bahagian ini pula menjual makanan laut yang telah di keringkan seperti ikan kering, ikan bilis, udang kering dan sotong kering.

Bawah
Disini menempatkan pelbagai barangan yang dijual antaranya ialah barangan basah seperti sayur-sayuran dan daging, manakala yang kering iaitu amplang, belinju dan kekacang.
 Kios ini menjual barangan seperti kuali, periuk, tikar dan banyak lagi yang kebanya kannya daripada negara jiran Indonesia.