Jumaat, 17 Januari 2014

Pasar Besar Tawau


Pasar Besar Tawau
Tingkat 4

Menyelit sedikit info di Pasar Besar Tawau Sabah.Sesiapa sahaja pasti akan terpegun apabila berada di bangunan ini.Bangunan ini mempunyai empat tingkat yang memuatkan pelbagai jualan iaitu terdiri daripada gerai makan, baju, alat solekan,ubat-ubatan, makanan laut kering dan yang paling bawah ialah makanan basah serta makanan kering.Gambar di atas ialah tingkat ke 4 iaitu gerai makan bagi yang beragama muslim manakala gambar bawah tingkat 3 ialah gerai makan non muslim.

Tingkat 3

Tingkat 2

Tingkat yang ke dua pula memuatkan barangan seperti alat-alat solek,bedak sejuk, ubat-ubatan dan baju.
Alat solekan dan ubatan yang di jual di sini kebanyakannya barangan dari Indonesia yang telah di benarkan dijual di Malaysia.
Tawar-menawar perlu berlaku diantara penjual dan pelanggan.
Penjual suka meletakkan harga barang yang terlalu mahal sebagai contoh ubat gosok jenama Tawon dilabel harga Rm22.90 bagi botol besar tetapi boleh di kurangkan sehingga rm15 ringgit.Nampakkan harganya tinggi jadi kalau tidak pandai menawar keuntungan kepada penjual hampir berganda.
Tingkat 1
Bahagian ini pula menjual makanan laut yang telah di keringkan seperti ikan kering, ikan bilis, udang kering dan sotong kering.

Bawah
Disini menempatkan pelbagai barangan yang dijual antaranya ialah barangan basah seperti sayur-sayuran dan daging, manakala yang kering iaitu amplang, belinju dan kekacang.
 Kios ini menjual barangan seperti kuali, periuk, tikar dan banyak lagi yang kebanya kannya daripada negara jiran Indonesia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan