Sabtu, 3 Jun 2017

Sabah juara MSSM olahraga padang dan balapan 2017

Tahniah Tahniah Tahniah!!!! kepada semua Atlit,jurulatih dan Pegawai yang terlibat.
Team Sabah Menjulang Juara MSSM olahraga dan Padang yang diadakan di Pulau Pinang.
                                       
Ketua Jurulatih olah raga menjulang piala kemenangan...kemenangan adalah satu kepuasan kepada semua jurulatih dan khasnya kontingen Sabah.

  SEBAHAGIAN Atlet dari negeri Sabah bergambar selepas diumumkan juara keseluruhan pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSM peringkat Kebangsaan kali ke-59 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal GEORGETOWN: Kontinjen Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-59 yang melabuhkan tirai di Stadium Bandaraya, dekat sini, sebentar tadi. Sabah meraih 14 pingat emas, 21 perak dan 13 gangsa, diikuti Sarawak yang menduduki tempat kedua dengan 13 emas, lapan perak dan sembilan gangsa. Tempat ketiga Johor dengan 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa sementara tuan rumah, Pulau Pinang menduduki tempat ke-11 dengan tiga emas, lapan perak dan empat gangsa. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan tumpuan kepada aspek bukan akademik iaitu sukan dan kokurikulum.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/277094

2 ulasan: