Sabtu, 10 Jun 2017

Tut pokok mangga

Al-Kisahnya begini...pokok mangga ini terlalu rendah sebab itu semua ranting2nya merayap di tanah termasuklah buahnya.Inilah buah pertamanya setelah masuk 4 tahun di tanam.Pokok pun dibeli dengan harga rm39. 
 satu dahan sebiji sahaja buahnya.
penyelesaiannya ialah terpaksa tut batang yang tidak ada buah agar dahannya berkurang...andai menjadi tut pokok ni bertambahlah pokok mangga maduku...aku wanita hi hi.
Setelah penantian hampir 6 bulan akhirnya inilah hasil tut pokok mangga,antara 4 batang mangga yang di tut hanya 1 sahaja yang menjadi.
Pokoknya kurang sihat sebab ada benda putih berompok di atas daun...akan diusahakan mencari cara menghilangkannya.



sebelum ini pokok ini di tempatkan di dalam bag plastik beras...baru pindahkan ke dalam pasu.Oleh kerana tuannya takut tak menjadi  plastik tu hanya di gunting lalu masukkan ke dalam pasu...akhirnya plastik itu terikut sekali ha ha ha....tidak apa pengalaman.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pula pokok jambu batu...huhu.
Pokok jambu batu ini pula tidak seimbang jadi kalau ditiup angin macam mahu tercabut pokoknya.Inilah percubaan pertama saya tut pokoknya agar bila ditiup angin nanti tidak patah pokok jambu ini...nampak tak setelah 40 hari baru saya perasan kenapa pokok yang saya tut itu daunnya semacam kuning...bila saya buka ikatannya ha itulah hasilnya, rupanya sudah banyak akar...yang lucunya masa dahannya dipotong tanah tu tidak diikat semula...kejadiannya bila ditanam tidak menjadi...itulah pengalamankan dan pengajaran...aku wanita.
Akanku khabarkan semula keindahan tut tut...pokok-pokok halamanku.
Semoga ia membuahkan hasil...Aamiin.
sayangkan sudah bertunas tetapi mati pula...mungkin sebab akarnya terpisah dengan tanah semasa pemindahan pokok.
(Laporan untuk jambu batu semua tidak menjadi.)



2 ulasan: