Lidah jin atau nama saintifiknya Sansiviera termasuk tanaman hiasan halaman rumah yang sering ditempatkan di dalam ruangan perhiasan tanaman kerana pokok ini dapat tumbuh subur walau pun sedikit air dan cahaya matahari. Daun tumbuhan ini tebal dan banyak mengandungi air (sukulen), oleh kerana itu sangat tahan dalam kekeringan. Keistimewaan sansiviera adalah memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap lingkungannya. Ciri spesifiknya yang jarang ditemukan pada tanaman lain diantaranya mampu hidup dalam suhu dan cahaya yang panas.
Tumbuhan Penyerap Racun.
Sansevieria atau lidah mertua merupakan salah satu tanaman istimewa
lantaran mempunyai kemampuan sebagai penyerap racun (polutan) di udara.
Berbagai jenis racun
yang mampu diserap oleh Sansevieria antara lain karbonmonoksida,
nikotin, benzene, formaldehyde, trichloroethylene, hingga dioksin.
Berdasarkan penelitian Badan Antariksa Amerika Serikat (NASA; National Aeronautics and Space Administration),
sansevieria atau lidah mertua mempunyai kemampuan menyerap hingga 107
jenis unsur berbahaya (racun atau polutan). Riset lainnya menyimpulkan
bahwa dengan 5 helai daun sansevieria dewasa mampu menyerap dan
membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis polutan... salah satu atikel yang saya jumpa di dalam google.
Selain itu sansiviera ini juga boleh menyerap radiasi dari alat-alat elektronik yang ada di dalam ruangan rumah,pejabat atau stor. Hebatnya, cukup dengan 8 helai daun sansiviera untuk menyerap zat yang menyebabkan pencemaran udara (polutan) pada ruangan berukuran 150 meter persegi.
pokok lidah jin (Sansiviera)
Kalau keluarga anda yang ramai menggunakan kemudahan handpone,tablet dan anak-anak sentiasa didepan televisyen tentu keluarga anda banyak terdedah dengan pelbagai radiasi.Jika anda rajin google taiplah...bunga penyerap radiasi elektronik...akan keluarlah pelbagai jenis bunga tetapi lidah jin jenis sansiviera kalau ikut pokok bunga inilah yang terbaik dan yang senang dijaga biar diletak dimana-mana sahaja.Tidak memerlukan penyiraman selalu memadai spray dengan air pun cukup.
Semoga apa yang dikongsi ini dapat manafaat buat pengunjung blog ini.Jika anda kurang yakin dengan atikel ini boleh buat carian dengan bantuan google.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan