Jumaat, 7 Julai 2017

Cara merebus letup-letup.

                            Siapa tidak kenal dengan pokok ini dalam bahasa saintifiknya physalis angulata . Kalau di Sabah,kanak-kanak biasa panggil pokok ini letup-letup. Jangan pula main copy paste saja sampai nama dan rupanya pun lari dari rupa sebenar. Gambar ini saya dapatkan dari google juga tetapi rupa dan bentuk pokok adalah betul.


            letup-letup


leletup kelambu

                               Ini pula ialah leletup kelambu buahnya diliputi dengan jaring-jaring macam kelambu.Dalam bahasa tempatan kami panggil kuluput.Buahnya boleh dimakan dan rasa manis,bijinya macam buah markisa.Manafaatnya pun lain.


Kalau di negara lain seperti Indonesia buah ini dinamakan buah Ceplukan/Ciplukan.Jika siapa yang mempunyai kemudahan internet boleh cari manafaatnya dengan menaip ciplukan dalam google maka akan keluarlah pelbagai jenis manafaat perubatan letup-letup ini.
Pelbagai manfaat letup-letup dan kandungan yang terdapat dalamnya seperti vitamin C, asam palmitat, alkaloid, chlorogenic acid, polifenol dan lain sebagainya yang terbukti boleh mengatasi berbagai jenis penyakit. Tanaman letup-letup ini memiliki banyak fungsi sebagai antibakteri, anti aflamasi, analgesik, imunosupresan, antioksidan, sitotoksik, meredakan batuk, antivirus, meneutralkan racun,paru-paru berair dan anti hiperglikemi. 
Berdasarkan bahagian-bahagian dalam pokok letup-letup ini banyak manafaatnya seperti buah,daun,batang dan akar.
 Di sini telah disediakan cara untuk merebus pokok letup-letup untuk perubatan sendiri.
Cara minum sebolehnya minum sebelum sarapan pagi dalam 3 kali selang-seli sehari pada minggu yang pertama.Minggu kedua hanya 2 kali seminggu. Minggu ke tiga dan seterusnya memadai dengan meminum seminggu sekali.Rasanya memang pahit.

cara-cara merebus letup-letup

Jika tidak ada  ruang untuk menanam pokok ini boleh hidup di dalam pasu, yang penting dijaga penyiramannya,

ini saya tanam dalam pasu...
ada saya letak baja untuk mengeluarkan buah kalau letak baja tabur jauh dari pokoknya.

18 ulasan:

  1. Terima kasih dgn info yg bermanafaat..

    BalasPadam
  2. Salam.
    Apa beza pokok letup letup dengan leletup kelambu.
    Maksud saya adakah khasiatnya sama walau pun ada perbezaan tentang buah dan pokok nya.
    Tkasih maklumbalas tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkunjung ke blog saya.Kedua-duanya mempunyai buah tetapi bijinya berlainan dan tinggi vitamin C.Kalau dari segi perubatan lain boleh google nama letup-letup kepada ciplukan boleh bezakan khasiatnya.

      Padam
  3. air sudah dipakai boleh pakai lagi tak? sampai berapa kali

    BalasPadam
  4. Terima kasih berkunjung...kalau boleh tidak perlu guna semula kerana kandungan nutrisinya sudah berkurang sebab sudah direbus lama.

    BalasPadam
  5. Saya ingin bertanya penyakit apakah yg boleh diubati dengan meminum air rebusan dari pokok letup ni

    BalasPadam
  6. Bagai mana kalau lebihan air nya di simpan didalam peti sejuk,apakah boleh di minum keesokan hari nya?..tq

    BalasPadam
  7. bagaimn utk mendapatkan benih pokok leletup/ceplukan,?

    BalasPadam
  8. salam..bole sya dpt daun letup2 tu...bukan yg kelambu...letup berdiri, puan duduk di mana

    jouhar

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://shopee.com.my/product/26131391/2910432561?smtt=0.26132727-1603118332.9

      Padam
  9. Menurut kenalan seorang indonesia ,pokok letup nie mampu mengubat sakit saraf, stroke dan Lain2

    BalasPadam
  10. Menurut kenalan seorang indonesia ,pokok letup nie mampu mengubat sakit saraf, stroke dan Lain2

    BalasPadam
  11. Salam sis..macamana nak.bezakan pokok.meranti dengan pokok letup semasa kecil huhu. Saya ada update di facebook. Di rumah saya ni tumbuh liar.

    https://m.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/permalink/2258343250962521/

    BalasPadam
  12. Salam sis..macamana nak.bezakan pokok.meranti dengan pokok letup semasa kecil huhu. Saya ada update di facebook. Di rumah saya ni tumbuh liar.

    https://m.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/permalink/2258343250962521/

    BalasPadam
  13. Untuk orang yang kena strok, adakah hari hari boleh minum? Bagaimana minumnya?

    BalasPadam
  14. TAHNIAH, PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN TERBAIK

    BalasPadam
  15. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam