Hari ini saya promote pula resepi baharu iaitu Oblong Ayam yang disediakan oleh Cikgu Anuar Tendreng.Resepi ini sudah beberapa kali dibuat dan memang hidangan diet keluarganya.Ada dua jenis perisa iaitu ayam dan daging.Jika siapa yang suka daging atau ayam boleh beli di pasaraya.Penulis blog juga pernah merasa oblong ayam ini dan memang sedap tak terkata sebab Cikgu Anuar telah menambah bahan dan mengubah-suai mengikut selera keluarganya.
Bahan-bahannya:
roti oblong
ayam oblong
mentega
Steap 1
cara-cara membuat lihat gambar
1.Potong roti dan sapu mentega di kedua-dua bahagian.
2.Bakar atas pan(kuali non stik) tanpa minyak,agak-agak sampai warna macam dalam gambar.Depan dan belakang roti.
Kalau sudah warna perang bolehlah angkat roti dan ketepikan sebentar.
3.Letak mentega sikit ke dalam kuali tadi.
Bakar oblong ayam sehingga warna coklat.Agak- agaklah macam buat burger.
Taraaa...siap bakar nyam-nyam!!!
(nasihat cheaf jangan terlalu garing ya nanti ayamnya keras)
Steap 2
Bahan-bahan buat kuah
(sukatan ikut banyak korang buat ya)
1 cawan kecil susu segar
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 biji bawang besar(holand)
15 biji lada hitam biji (tumbuk kasar)
kiub ayam
sedikit tepung jagung
(lada hitam jangan banyak ya nanti anak-anak kecil tak tahan pedas)
4. Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang besar(holand) yang telah dipotong kecil-kecil.
(lihat pic atas )
5. Masukkan pula lada hitam yang telah di tumbuk kasar tadi.
Masak sampai bawangnya kekuningan.
Letaklah kiub ayam.
7.Didihkan kuah kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram.
8.Bila sudah sebati rasanya didihkan sebentar...jika kurang boleh tambah kiub ayam.Akhir sekali pekatkan kuah itu dengan tepung jagung.
9.Penyediaan sebelum di hidang.
Caranya macam buat burger letak daun salad,timun dan tomato tetapi yang ini dia letak hirisan bawang holand sahaja.
Taraaaaa...Alhamdulillah siap sedia untuk di ngapppp!
Terima kasih kepada Cikgu Anuar Tendreng kerana berkongsi resepi ini kepada kami.
Wahhh.. Tq resepinya ya cigu nuar, tq jgk dgn blogger
BalasPadamTq jue sama2 kita cuba dan nikmati keenakan oblong...
BalasPadamTerbaik . Thank you
BalasPadamterima kasih datang berkunjung...
Padam