Sabtu, 24 Disember 2016

Sambal Ikan bilis



Teringat pula memblog dihujung minggu ini...tetapi tiada idea mahu coret apa...

haaaaa!!! Jom lihat resepi di dapur...


Bahan-bahannya:

Minyak masak  

                                            1/2 kg ikan bilis
                                          6 ulas bawang merah
                                          4 ulas bawang Putih 
                                          1 bungkus cili kering
                                           (kurangkan jika tidak mahu pedas)
                                          3 sudu makan gula
                                          8 biji belimbing buluh/tunjuk
                     (jangan letak garam sebab ikan bilis sudah masin)

    sedikit air 2 sudu makan



                       gambar atas tu adalah bahan utama...
  saya menggunakan ikan bilis nombor 2 sebab kalau nombor 1 agak mahal.


Cara-cara Memasak:
1.Basuh ikan bilis toskan.
2. Goreng ikan bilis sampai garing.
3. Bawang Merah & bawang Putih dan belimbing blander/ditumbuk.
4. Tuangkan minyak  ke dalam kuali.Tumis bahan yang diblander/tumbuk tadi    
    sampai naik bau.
5. Masukkan Cili Kering gaul masak sampai naik minyak.
6. Masukkan gula dan dan sedikit air kemudian gaul sampai sebati.
    (Air tu untuk mencairkan gula)
7.Masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng ke dalam bahan tumisan sebatikan
   hingga dia masak dan kering. 
8. Angkat dan hidang ikut selera.

  ikan bilis yang sudah digoreng dan ditoskan



     Beginilah rupa kalau sudah siap...sebenarnya sambal ikan bilis ini ada banyak cara penyediaannya mengikut selera masing-masing...tetapi saya lebih suka masak seperti ini kerana ia boleh dimasukkan ke dalam tuperware dan tahan sampai 2 minggu.
                                      SELAMAT MENCUBA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan