Dunia Blogku_catatanku tentang segala peristiwa perjalanan hidupku,keluargaku,rakan seperjuangan dan persekitaran yang aku lalui.
Selasa, 20 Disember 2016
Minggu Akhir 7 Hari Mencintaiku
Siapa pernah baca novel ini...
7 hari mencintaiku...adalah hari dimana Mia memohon pada suaminya untuk mencintainya dalam masa 7 hari sebelum khuzairi menikah dengan Syakila (sepupu Khuzairi dan merupakan calon menantu kesayangan Mak Leha). Khuzairi ego dan terpaksa berpura-pura membenci Mia yang sudah insaf dan telah berubah, walau pada hakikatnya setiap saat dia sangat mencintai Mia.Begitu juga Mia.
Dalam 7 hari itu Mia terseksa berada di rumah ibu mertuanya yang sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan Khuzairi.
Alisa merupakan satu-satunya kekuatan yang Mia ada sepanjang 7 hari tersebut.Pada malam pernikahan disaat akad nikah,Khuzairi tidak mampu untuk berpura-pura.Akhirnya Khuzairi mengundurkan diri.Mia pula sakit tenat kerana terlebih makan ubat tidur yang dimasukkan ke dalam minumannya oleh syakila.
Malam itu semuanya terungkai.Syakila yang diagung-agungkan selama ini sebagai anak gadis baik rupa-rupanya gadis kotor yang mengandung anak luar nikah dan dia mahu Khuzairi menjadi pak sanggup.Seluruh keluarganya sangat terkejut.
Mia dapat diselamatkan kerana tindakan pantas Khuzairi menghantarnya ke hospital.Mak Leha yang sangat membenci Mia rasa bersalah kerana telah melayan Mia dengan teruk walaupun Mia sudah memohon maaf.Mak Leha sedar dan mula menerima Mia.
Namun,Mia sudah teramat terluka selama 7 hari dia berada di rumah tersebut.Dia meminta Pak Samad untuk membawa Alisa bersamanya ke UK.Khuzairi terpaksa mengizinkan Mia dan Alisa pergi.(mereka tidak bercerai) Mia meminta masa untuk memulihkan hatinya.Seluruh ahli keluarganya mengharapkan Mia akan pulang suatu hari nanti.
Selepas beberapa bulan, Mia kembali ke pangkuan keluarga pada hari pernikahan Helmi(adik Khuzairi) dan Sofi sepupu Mia.Mia mengaku dia tidak dapat membenci Khuzairi dan mengaku dia terlalu terseksa selama dia berada di UK.Khuzairi memohon maaf.Akhirnya Khuzairi dan Mia bersatu semula. TAMAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan