Khamis, 8 Disember 2016

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

 
Ulang Tahun Pernikahan/Perkahwinan

Jika anda adalah pasangan romantik tentu ada pelbagai cara untuk mengingati saat-saat manis yang sukar untuk dilupakan dalam hidup.Ingatlah bahawa acara mengingati ini adalah perayaan cinta kasih anda kepada pasangan sebagai suami isteri.
Sebagai pasangan yang kiranya romantiklah biarpun
 jalan tidak berpegangan tangan kerana pegang tangan anak sahaja tetapi syukur kepada Ilahi kerana masih dipanjangkan jodoh biarpun kekadang ada juga yang sudi 
 menjadi suri hati my Mr.Pilot.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT hari ini 7 Disember adalah tarikh keramat datang lagi.Tarikh Allah makbulkan doa dua insan untuk bergelar suami isteri.Tarikh dimana saat saya bergelar sebagai seorang isteri,tarikh dimana saya halal bagimu wahai suamiku.
Ya Allah, sesungguhnya saya sangat bersyukur kepadamu kerana telah menyempurnakan kami sebagai pasangan suami isteri yang halal disisimu dan telah memanjangkan jodoh dan kesihatan kami sehinggalah saat ini,semoga dengan ikatan kasih sayang kami ini akan terus kekal hingga ke syurga.
Semoga redhamu ya Allah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami.
Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala kami dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh,saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia,saling mendoakan dikala kesakitan serta saling menyempurnakan dalam segala ke ketakwaan.

Ya Allah,hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang, cinta yang makbur dan tiada penghujungnya.Ya Allah jadikanlah zuriat keturunan kami yang taat perintahmu dan sentiasa menuruti segala nasihat ibu bapa.Izinkan kami menikmati kebahagiaan ini sehingga akhir hayat kami.
Terima kasih ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan